eagle eye sponsoring

Rabu, 2 Disember 2009

KORBAN DI PBC GUNUNG LEDANG

Alhamdulilah, Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan IZINNYA pbc anjuran kelab pemimpin Global sekali lagi mencipta sejarah, Maklumlah suasana Hari Raya AidilAdha iaitu hari Raya Korban sehari berlalu,esoknya PBC Gunung Ledang bertarikh 28-29 Nov 2009 kehadiran peserta dinanti-nantikan dengan penuh rasa debaran..............

Akhirnya peserta yang berkorban jiwa dan raga hadir dengan penuh pengorbanan meninggalkan sanak saudara yang masih riuh rendah di kampung halaman beserta anak-anak dan juga isteri yang penat didapur ditinggalkan dengan Niat untuk memperjuangkan "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA".
ALHAMDULILAH sekali lagi bersyukur kepada Allah s.w.t kerana terpilihnya mereka iaitu peserta yang hadir seramai 82 orang semuanya daripada 90 orang yang mendaftar untuk mengikuti Perjalanan Program PBC yang dapat menyedarkan betapa pentingnya Kursus ini untuk membina satu Perjuangan mengetengahkan Produk Halal keseluruh Ummat Islam diserata Global.

Ucapan setinggi - tinggi Tahniah!!!! kepada para peserta yang hadir pada PBC November 2009 di Gunung Ledang Resort dari KPG antaranya peserta yang datang dari Kluang, Lukut P.Dikson dan kawasan setempat sekitar Tangkak dan Muar.
dan
Tidak lupa juga kepada Para barisan kepimpinan Kelab Pemimpin Global yang bertungkus-lumus menghabiskan masa, tenaga dan usaha dalam memastikan Program PBC berjalan dengan baik dan JAYAnya,
Syukur kepada Allah s.w.t dengan izinnya Program PBC diselesaikan dengan kesan yang baik mudah-mudahan InsyaAllah mereka yang hadir ke PBC ini mendapat Ilmu dan dapat dimanfaatkan untuk disebarkan kepada Ummat Islam yang di luar sana yang masih dalam dilema.Agar insyaAllah pada PBC akan datang iaitu Bertarikh 26-27 December 2009 akan hadir seramai mungkin peserta untuk peluang mendapat Ilmu dan juga dapat memantapkan lagi Ekonomi Ummah.

Alhamdulilah, Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Para Barisan Kepimpinan KELAB PEMIMPIN GLOBAL dari Pengarah PBC KPG PJIS Rosjulila Husin dan juga Timbalan Pengarah PBC PJE Shuami Nasikin.

Terima kasih juga kepada tetamu jemputan PJM Hafizan Fauzi beserta Isteri-isterinya yang hadir bagi memeriahkan Program PBC  pada kali ini di Gunung Ledang Resort.

Perkara yang paling manis sekali kebetulan Program PBC KPG masih lagi dalam Aidiladha, kepimpinan serta peserta bersama-sama mengalunkan Takbir Tahmid memuji kebesaran Allah s.w.t pada malam hari yang diiringi oleh Ustaz Abdullah Husin.
Gambar suasana semasa Program PBC dijalankan......


Bahagian Pendaftaran PJ Ustaz Mohd Rozi beserta Isteri PR Siti Nor menunggu kehadiran peserta dengan penuh kesabaran....



Pengerusi Majlis yang penuh Semangat PR Sobri



Pembukaan Majlis dengan Bacaan Doa selamat oleh Ustaz Abdullah Husin



Program PBC di rasmikan oleh PJIS Shafie Tasiron
Pengerusi KPG
Cukup semangat dan bertenaga!!!


Barisan kepimpinan KPG sedang sesi Taarof




Sesi pengenalan amat penting utk peserta mengenali lebih dekat lagi kepimpinan pejuang KPG



Pengarah PBC Bulan November PJIS K.Ros



Peserta yang hadir dengan semangat Pengorbanan untuk berjuang



penuh semangat!!bakal pejuang...

peserta mendengar taklimat dengan penuh minat



Tetamu Jemputan PJM Hafizan Fauzi
sebagai Motivator Gerak kerja 6M
bersama kepimpinan KPG
PJI Shafie dan PJI K.Ros



PJES Fatin membentangkan slot Perawatan


Berkongsi Pengalaman Kejayaan bersama Timbalan Pengarah PBC NOV
PJE Shuami Nasikin


peserta khusyuk mendengar perkongsian Ilmu bersama pemimpin



Alhamdulilah Qialmulail dan kuliah subuh berjalan dgn lancar dan semua peserta hadir sama
mendengar kuliah yang disampai oleh Ustaz Abdullah Husin



Kaum Hawa juga bersama -sama turut solat berjemaah



Ustaz Abdullah Husin menceritakan tentang perjuagan dalam HPA
iaitu Motto Syarikat "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"




Tibalah masanya utk pembentangan dalam Kumpulan













dan tibalah masa yang di tunggu-tunggu kumpulan
TAHNIAH!!!RADIX CEREAL YANG JUARA!


Selaku ketua Kumpulan Radix Cereal pemenang bagi Anugerah Peserta Lelaki terbaik dari awal
kehadiran hingga akhir program di wakili oleh Ketua En.Mohd Faiz Bin Salim



PEMENANG PESERTA LELAKI TERBAIK
PBC GUNUNG LEDANG RESORT NOV 2009
EN.MOHD FAIZ BIN SALIM



PEMENANG ANUGERAH WANITA TERBAIK
PBC GUNUNG LEDANG RESORT NOV 2009
PN.ZARIAH BT ARIFIN

SEMOGA PARA PEMENANG MEMBAWA SATU AMANAT UNTUK DISEBARKAN KEPADA
UMMAT ISLAM KITA DILUAR SANA......GEMPUR RADIX!!!! INSYAALLAH....


Cenderahati di beri kepada PJM Hafizan Fauzi


Cenderahati di beri kepada PJE Fatin
InsyaAllah akan datang boleh datang lagi ye....

Diakhir program kepimpinan KPG berkumpul untuk membincangkan perkara berkaitan dgn  PBC pada kali ini

InsyaAllah dengan adanya cara begini Kepimpinan KPG dapat memperbaiki Usaha dalam memantapkan lagi Porgram PBC ini dengan kesan yang lebih baik lagi dengan dapat melahirkan seberapa ramai Usahawan Sejati HPA....InsyaAllah..

Bersatu kita teguh bergaduh kita terkubur, Perbetulkan NIAT KITA....apa yang penting....KERJASAMA!!!!