eagle eye sponsoring

Sabtu, 22 Ogos 2009

PERASMIAN PENGURUS STOKIS DAERAH PRT.BAKAR

Assalamualaikum,
Setinggi Tahniah dan Syabas diatas terasminya Pengurus Stokis Daerah yang baru bertempat di Parit Bakar Muar.
Pengurus Stokis Daerah En.Mohd Rozi bin Mohd Nor
Berpangkat : Pengarah Jati
Status dalam KPG : Bendahari
Di Rasmikan oleh Y.B Dr.HJ Mohammad Bin Hj.Taslim  (Adun Maharani)
Tarikh : 19/8/2009 Rabu
Bertempat : HPA Parit Bakar Muar

Semoga dengan terasminya PSD ini dapatlah memperkembangkan jaringan serta meningkatkan jualan terutama kepada semua penduduk umat Islam khususnya bagi memudahkan serta mendapatkan barangan Produk Halal HPA.
Semoga terus sukses....mendapat keberkatan dan kejayaan Dunia dan Akhirat dari kami sekalung Ucapan Taniah diucapkan...Kelab pemimpin Global.
Terima kasih juga kepada Pengurus Cawangan HPA Muar 2 iaitu Cik Shariza Bt Tahir bersama Cik Siti Faradila  Bt Mislan serta  Adik Khairul Azharizan Bin Mohammad Jamil kerana sudi meluangkan masa hadir bersama bagi memeriahkan lagi Majlis perasmian ini.
Setinggi perhargaan juga kepada Pemimpin Johor Daerah Tangkak En.Shafie Bin Hj.Tasiron Pengarah Jati Intan lagi Setia serta Isteri Pn.Rosjulila Husin Pengarah Jati Intan serta Setia kerana hadir keperasmian sebagai tetamu VIP.
En.Mohd Rozi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli jawatankuasa KPG yang bertungkus-lumus bekerja termasuklah bahagian katering bagi menjayakan majlis perasmian ini dengan jayanya.

gambar sepanjang program berlansung,

Tetamu yang hadir...Pemimpin Johor En.Shafie dan Isteri K.Ros
kehadiran Y.B. Dr.Hj Mohammad Bin Hj.Taslim
Bacaan Al-Quran diperdengarkan..
Majlis dibuka dengan bacaan Doa..
gambar bersama pemimpin......
En.Rozi memberi kata-kata pembuka sebagai semangat
dan beliau adalah Pengurus Stokis Daerah
Beliau juga adalah leader contoh yang berjaya dalam masa yang singkat seiring dengan pendapatan 
dalam masa 4 bulan bergelar PENGARAH JATI 
En.Shafie sebagai Duta HPA menyampaikan Maklumat tentang HPA
iaitu Motto Sykt HPA "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"
ucapan dari YB Dr Hj.Mohammad yang menyeru seluruh Umat Islam mengunakan Produk Halal lagi Barakah.
Wah! YB dah jadi Ahli HPA..besarnya kad Ahli
Ayuh..kita sama -sama gempur bersama menjadikan Produk Halal Tanggungjawab kita menunaikan ia sebagai Fardu Kifayah.
Sudah Terasminya PSD En.Mohd Rozi ditandatangani oleh YB Dr.Hj Mohammad Hj.Taslim Adun Maharani.
  tetamu yang hadir menjamu selera...Jamuan Nasi Beriani Ayam Organik serta Kambing Organik HPA.Sedapnyeeee.....leader dan pemimpin menjamu selera.
Gambar kenangan bersama YB dan Leader KPG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan