eagle eye sponsoring

Sabtu, 22 Ogos 2009

Perasmian Pusat Jualan & Pusat Perawatan

Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapatlah
premis atau kedai Roscentella Radix Herbs Beauty di rasmikan bersamaan kalendar Islam iaitu 1 Ramadhan 1430 Hijrah. Dirasmikan oleh abang kepada PJI/S Pn.Rosjulila bt Husin iaitu Pengetua Sek.Men.Agama Al Masriyah Ustaz Abdullah Bin Husin.
Terima kasih kepada para leader dan pemimpin KPG yang dapat hadir walaupun banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk bersama - sama memeriahkan majlis dengan penuh kesyukuran ini bagi merasmikan kedai k.ros pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah dengan sekaligus menyempurnakan Solat Mahgrib,Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah bersama Ustaz Abdullah Husin sebagai Imam, Ustaz Rozi dari prt.Bakar sebagai bilal dan Berbuka Puasa bersama-sama.
Terima kasih juga tidak terhingga bagi mereka yang bertukus-lumus iaitu En.Shuami,Pn.Aminah,Pn.Zhuhaila Pn.Zarah dan Pn.Norasmah bagi memastikan perjalanan Majlis Perasmian ini berlangsung dengan jayanya.
Dengan terasminya Pusat Perawatan & Pusat Jualan ini boleh menjadikan ia satu titik permulaan didalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan menjadikan tempat ini sebagai landasan untuk kita berkumpul iaitu Kelab Pemimpin Global (KPG) khususnya membuat mesyuarat dan tempat untuk membimbing rangkaian dengan memperkenalkan kepada mereka yang datang dengan Produk Halal satu pilihan dan tanggungjawab bersama serta mengadakan Kursus dan kelas Ilmu serta menyambung perawatan mengikut Tibbun Nabawi, perubatan Ibnusina yang telah lama ditinggalkan dengan meneruskan sunnah Nabi Muhammad s.a.w seperti Berbekam khususnya.InsyaAllah...
Dibawah ini adalah gambar sepanjang majlis perasmian berlansung :
gambar kedai dari Luar Bangunan
Roscentella Radix Herbs Beauty
No.9 Tingkat 1 Jln Gambir 5
Bandar Baru Bukit Gambir
Pengarah Urusan Pn.Rosjulila Husin dan Suami En.Shafie bin Hj Tasiron
Dirasmikan oleh kekanda Ustaz Abdullah Husin
Diperhatikan oleh Pengerusi Majlis En.Shuami
sebelum merasmikan dipedengarkan Bacaan Al-Quran Surah Al-Baqarah yang dibacakan oleh Pn.Zhuhaila.
 
Selesai Majlis cenderahati dari produk HPA di beri kepada Ustaz Abdullah yang disampaikan oleh En.Shafie
Ustaz Abdullah memberikan Tazkirah sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak
Cenderahati di beri oleh Pn.Ros

Majlis berbuka puasa.....
berbuka puasa bersama leader KPG
Leader KPG berbincang...
berapa kali makan ye...hehehehe rezeki berbuka.
makan perlu beratur...tersenyum k.min..
Pengarah Urusan Roscentella Radix Herbs Beauty....Syukur Alhamdulilah..
Alhamdulilah dirasmikan 1Ramadhan 1430 Hijrah
Gambar kenangan Bersama Ustaz Abdullah Husin dan sebahagian Leader KPG...Takbir!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan